Kecekapan pasukan bantuan kecemasan memastikan penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed -- menghembuskan nafas terakhirnya selepas rebah sewaktu beraksi dalam Piala Dr Zambry Abd Kadir malam tadi -- terus dibawa ke Hospital KPJ Manjung bagi mendapatkan rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia.
Sesuatu yang tidak diduga, namun jelas selaku penganjur kejohanan, Datuk Rashidi Ibrahim, pihaknya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan pemain sebagai persediaan jika berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini.
"Nama besar seperti ini, sudah semestinya kami merasai kehilangannya.
"Bukan sahaja kemahiran dan kepakaran yang dia ada, tapi sebenarnya legasi yang ditinggalkan. Dia seorang penjaga gol yang berwibawa dan berdisiplin hingga kini.
"Tetapi apabila beraksi di atas padang, semangat itu -- untuk mengharumkan nama negerinya -- tetapi telah ditentukan oleh insiden ini," katanya.
Tambah Rashidi, bantuan kewangan turut disalurkan bagi membantu dalam urusan penghantaran serta pengebumian penjaga gol terkemuka negara era 90-an itu.