Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, beranggapan keputusan undian Piala CAFA merupakan cabaran yang positif buat perkembangan skuad negara.
Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Tajikistan, Iran dan Afghanistan, dengan kempen itu akan membuka tirai pada 29 Ogos sehingga 8 September di Hisor, Tajikistan nanti.
"Piala CAFA kejohanan yang mengujakan, ia sesuatu perjalanan yang akan meningkatkan kualiti skuad kebangsaan.
"Itulah caranya untuk kita berkembang dan berevolusi sebagai sebuah pasukan, serta terus bergerak ke arah menjadi pasukan yang kita impikan.
"Dan yang paling penting, membentuk sebuah pasukan serta corak permainan yang mampu membuat setiap rakyat Malaysia berbangga apabila menyaksikan pasukan kebangsaan beraksi.”
"Ia aksi yang mengujakan dengan suasana berbeza, dan akan menguji kami beraksi jauh daripada laman sendiri. Kami percaya dapat melakukan sesuatu yang istimewa dalam saingan peringkat kumpulan." katanya.