Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, percaya, kemenangan dalam perlawanan kedua bertemu Bahrain dalam saingan Piala Asia akan mengembalikan keyakinan untuk mara jauh dalam saingan di Qatar.
Malaysia tewas 0-4 kepada Jordan dalam aksi pembukaan dan meletakkan skuad negara dalam situasi sukar menjelang perlawanan bertemu Bahrain malam ini.
"Walaupun tewas dengan empat jaringan ketika berdepan Jordan, skuad negara memiliki masa yang cukup untuk kembali mengatur perancangan bagi menghadapi perlawanan berikutnya," katanya ketika membuat penampilan sebagai tetamu Nadi Weekend, sebentar tadi.
"Saya berpandangan barisan pemain harus bangkit dengan kemenangan bagi mendapatkan semula semangat serta kepercayaan dalam diri untuk mengejar sasaran melangkah ke peringkat berikutnya.
Kim Swee mempertahankan pilihan formasi telah diterapkan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon, dia berkata, "Bermain dengan formasi tiga atau lima pertahanan sekali pun, pasukan perlu memiliki perancangan untuk mengelak pemain lawan untuk mencari jalan untuk menembusi benteng akhir bagi mendapatkan jaringan.
"Saya berpandangan tidak salah untuk menggunakan formasi tiga pertahanan atau empat pertahanan kerana sebaik perlawanan bermula, situasi dan keadaan akan berubah dan paling penting adalah pemain mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan."