Setahun selepas penganjuran Piala Dunia di luar kalendar luar biasa bola sepak, yang menjadi pentas kejayaan Argentina dinobatkan juara ketiga iaitu Stadium Lusail kembali menjadi tumpuan apabila menjadi tuan rumah kepada perlawanan pembukaan Piala Asia 2023, awal pagi tadi.
Aura kejohanan benua ini mungkin tidak sama Piala Dunia sebagaimana pemain di atas padang tidak mungkin mengundang reaksi yang sama seperti Lionel Messi atau Kylian Mbappe, tetapi bahang kejohanan ini tidak kurang hebatnya.
Dalam satu majlis pembukaan yang gilang-gemilang, percikan bunga api dan persembahan di venue bola sepak terbesar negara itu sebelum pasukan tuan rumah turun mencatatkan kemenangan selesa ke atas seteru serantau, Lubnan.
“Rasanya seperti Piala Dunia bagi kami,” beritahu seorang peminat Qatar, Abdullah Sulaiti, kepada Al Jazeera selepas kemenangan Kumpulan A itu yang menarik lebih 82,000 penyokong ke stadium.
"Saya pernah mendengar orang mengatakan auranya tidak sama dengan Piala Dunia, namun mereka perlu melangkah masuk ke dalam stadium terlebih dahulu untuk berasakan suasananya."

Snapshots from the #AsianCup2023 opening ceremony?✨
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 12, 2024
Presented by Yili pic.twitter.com/aRKwyZ4Ceb