Ternyata amaran separuh masa pertama oleh bekas pertahanan negara, Razman Roslan, dalam kupasan separuh masa pertama di Astro Arena menjadi menjadi realiti yang perit ditelan.
Harimau Malaya tumpas 0-1 kepada Bahrain di Stadiumm Jassim Bin Hamad, sebentar tadi, secara tidak langsung memadam impian untuk ke pusingan 16 Piala Asia 2023.
Ali Madan melepasi satu tendangan menarik untuk merobek gawang Malaysia kawalan Syihan Hazmi Mohamed dalam masa kecederaan.
"Malaysia sepatutnya melakukan jaringan di peringkat tertinggi seperti ini.
"Ini peluang terbaik untuk pasukan negara walaupun bola itu sedikit ke belakang, sepatutnya kita mendahului dengan jaringan," katanya.
Skuad negara gagal mengekalkan permainan agresif bagi mencipta peluang kemenangan dalam babak kedua hingga dihukum oleh gol tunggal tersebut.
"Peningkatan itu ada. Ternyata kita tunjukkan permainan yang lebih baik berbanding bertemu Jordan. Tapi separuh masa kedua, graf itu menurun..
"Mungkin sekali lagi kesilapan oleh Kim Pan-gon dalam pertukaran pemain, kita seolah-olah main dengan 10 orang.
"Kita memerlukan peningkatan mendadak dalam separuh masa pertama tapi Bahrain pula yang nampak memerlukan kemenangan dan mereka melakukan serangan.
"Kita seolah-olah hanya berpuas hati dengan satu mata dan akhirnya menghukum kita," katanya.