Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mencari sebuah lagi pasukan baru selepas Kepulauan Solomon mengesahkan mereka tidak dapat menyertai saingan Piala Airmarine hari ini.
Tatkala kejohanan itu bakal memulakan saingan tiga minggu lagi, Kepulauan Solomon yang menggantikan New Zealand terpaksa menarik diri selepas peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyekat mereka daripada beraksi dalam kejohanan kerana sudah melebihi jumlah perlawanan.
Peraturan kalendar antarabangsa FIFA menyaksikan setiap pasukan hanya boleh mengharungi maksimum dua aksi dalam satu jendela antarabangsa.
Memandangkan mereka bakal berdepan Taiwan dalam satu aksi persahabatan pada 24 Mac nanti, negara yang menduduki ranking ke-160 FIFA itu terpaksa menurut peraturan yang ditetapkan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Bolasepak Kepulauan Solomon (SIFF), Leonard Paia, menjelaskan perkara terbabit dan mereka terpaksa menarik diri daripada saingan Piala Airmarine memandangkan persetujuan sudah dicapai dengan Taiwan terlebih dulu.
"Kami mendapat nasihat daripada FIFA dan Persekutuan Bolasepak Oceania (OFC) kerana berdasarkan Undang Undang FIFA, setiap pasukan hanya boleh beraksi maksimum dua perlawanan dalam satu jendela antarabangsa.
"Kami sememangnya berbesar hati untuk menyertai saingan Piala Airmarine, namun situasi tidak membenarkan kami kerana kami sudah mendapat kelulusan daripada FIFA dan OFC untuk menentang Chinese Taipei pada 24 Mac," ujar Paia.
Kepulauan Solomon juga akan beraksi dalam satu lagi aksi persahabatan bertemu Vanuatu pada 17 Mac tetapi ia berlangsung di luar kalendar FIFA sambil Piala Airmarine akan berlangsung pada 20-23 Mac depan.
Kredit foto: Football Association of Malaysia (Official)