BOLA SEPAK
Pergaduhan dalam aksi bola sepak di Pulau Pinang undang kecaman
Dalam saingan Liga Divisyen 2 FAP yang berlangsung semalam, terdapat video yang dimuat naik memaparkan insiden pergaduhan berikutan kekasaran yang melibatkan dua pemain.
Ia menyebabkan perlawanan diberhentikan seketika bagi meleraikan kedua-dua pasukan hingga menyaksikan terdapat seorang pemain mengalami kecederaan patah tangan.
Iklan
Menerusi Facebook Penang Brotherhood, mengecam tindakan barisan pemain yang bergaduh sehingga menjejaskan kelancaran acara.
"Pergaduhan Liga Divisyen 2 FAP, mangsa mengalami patah tangan.
"Kita harap tindakkan lanjut dan pemain yang bertindak ganas digantung seumur hidup.
"Bolasepak bukan tempat untuk melepaskan geram."
Must-Watch Video



