Skip to main content

Bola Sepak

Perancangan Dortmund tarik minat Haaland

erlinghaaland-cropped_k17fllyd6nc3zk38f82cd9qk.jpg
Erling Haaland berkata perancangan Borussia Dortmund telah memikatnya untuk menyertai kelab Bundesliga itu berbanding berhijrah ke Manchester United.

Penyerang Norway, Haaland, menandatangani kontrak empat tahun enam bulan bersama Dortmund walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke United.

United -- bersama RB Leipzig dan Juventus, merupakan antara yang berminat dengan penyerang yang telah meledakkan 28 gol dalam 22 penampilan bagi semua kejohanan itu bersama Salzburg musim ini.

Dia mendedahkan punca Dortmund menjadi pilihannya apabila berkata: "Mereka datang terus dan berkata 'kami perlukan anda di depan, kami suka gaya permainan anda dan mahu anda di sini'.

"Saya suka cara mereka memberitahunya dan ia memikat hati saya untuk terus menandatangani kontrak. Saya dan Dortmund memiliki padanan yang baik."

Haaland menyertai Dortmund yang kini menduduki tangga keempat Bundesliga dan tujuh mata di belakang pendahulu, Leipzig, selepas 17 perlawanan.

Skuad kendalian Lucien Favre itu hanya akan menyambung aksi pada 18 Januari nanti susulan tempoh rehat pertengahan musim.

"Untuk mengenali pemain lebih rapat, berlatih lebih bagus bersama pasukan dan lihat nanti jika saya cukup bagus untuk beraksi, sedikit demi sedikit," tambahnya.

"Sudah tentu saya mahu beraksi dan sedar saya memiliki sesuatu untuk diberikan kepada pasukan. Ia sasaran utama saya, bermula dengan langkah kecil tetapi tetap mencapainya. Saya tahu ia akan menjadi sesuatu yang bagus."



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video