Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan mengadakan majlis pelancaran jersi, memperkenalkan pemain serta sesi bertemu peminat Sabtu ini.
Setiausahanya, Mohamad Azlin Mohd Nadzri, berkata majlis itu akan bermula dengan pelancaran jersi serta menandatangani perjanjian di sebuah hotel terkemuka di Ipoh pada sebelah pagi.
Ia kemudian akan diikuti kongres tahunan persatuan itu di tempat sama mulai jam 2 petang.
"Selepas itu perlawanan akhir kejohanan bola sepak antara daerah B-19 tahun merebut Piala Presiden PAFA akan diadakan di Stadium Perak mulai jam 5.00 petang," kata Azlin.
Menurutnya, pada masa sama aktiviti sukan mini, termasuk pertandingan sepakan penalti, diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya.
Azlin berkata majlis memperkenalkan pasukan-pasukan Perak TBG membabitkan Liga Empat (M4), Liga Tiga (M3), Liga Perdana dan Liga Super akan diadakan pada lewat petang, diikuti sesi bertemu peminat khas untuk pasukan Liga Super sahaja pada sebelah malam.
Beliau berkata Perak mendapat penaja baru musim ini, iaitu Jako, pengeluar barangan sukan dari Jerman.
"Penonton berpeluang nemenangi satu hadiah cabutan bertuah, iaitu dua tiket ke Jerman dan berpeluang menyaksikan perlawanan Bundesliga.
"Saya berharap penyokong TBG tidak melepaskan peluang dengan hadir beramai-ramai di majlis itu, " tambahnya.
Editor: Ammar Hakim