PERAK 3 TERENGGANU 2
Perak melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas menjinakkan Terengganu 3-2 di Ipoh, sebentar tadi.
Perlawanan bermula rancak dengan jaringan Gilmar Da Silva pada minit ketiga tidak dikira apabila didapati mengasari pertahanan Terengganu FC, Nasrullah Hanif Johan.
Namun, pada minit kelima, Wander Luiz tidak mensia-siakan peluang apabila membuat satu sepakan cantik dari luar kotak penalti yang menuju ke penjuru kanan gawang Terengganu bagi membawa Perak mendahului 1-0.
Pelawat memperkemaskan perlawanan dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 melalui gerakan J. Partiban pada minit ke-11.
Dua minit kemudian, Terengganu kembali di depan apabila Da Silva merembat cantik bola lorongan Luiz untuk menjadikan kedudukan 2-1.
Perak terus menekan Terengganu dan hasilnya tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-38 dengan Da Silva mencipta jaringan kedua peribadi.
Perlawanan bersambung dalam separuh masa kedua, dengan Perak terus berselera menambah jaringan.
Pada minit ke-64, sepakan percuma Nazirul Naim Che Hashim berjaya memperdayakan penjaga gol lawan, namun sasarannya tidak tepat.
Selepas itu, Da Silva pula telepas peluang untuk mencipta hatrik selepas gagal menyempurnakan lorongan menarik daripada ketua pasukan, Mohamad Nasir Basharudin.
Terengganu terus bertahan dan sesekali melakukan serangan balas tetapi mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-79 dan ia disempurnakan oleh Lee Andrew Tuck bagi menjadikan kedudukan 3-2.
Terengganu kemudian terus bersemangat untuk memburu gol penyamaan, bagaimanapun keputusan kekal 3-2 sehingga wisel penamat.
Keputusan lain
Selangor 1 PKNP FC 1