Selepas memfailkan representasi dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) berhubung penamatan kontrak secara salah bersama Perak FC, akhirnya bekas jurulatih, Lim Teong Kim, berhasil mendapatkan pampasan daripada kelab bola sepak tersebut.
Mahkamah Perusahaan telah memerintahkan The Bos Gaurus membayar sebanyak RM1.04 juta kepada bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu ekoran dipecat secara tidak adil.
Pengerusi mahkamah, D. Paramalingam, menegaskan jumlah tersebut dikira berdasarkan baki 16 bulan kontrak dengan bulanan dipersetujui sebanyak RM65,000.
Keputusan mendapati bahawa penamatan kontrak pada pertengahan musim berikutan prestasi buruk adalah pramatang, tidak wajar dan didorang dengan nilai komersial.
Paramalingam juga mendedahkan kewangan syarikat telah terjejas sebelum pelantikan jurulatih berusia 61 tahun itu.
"Apabila syarikat itu melantik Lim, mereka sedar bahawa ia akan menjadi satu tugas yang panjang dan sukar untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Perak. Mereka memecatnya walaupun sebelum dia dapat menghasilkan keputusan sepenuhnya," katanya kepada media tempatan.
"Bagaimanapun, syarikat itu menyemak semula isu yang sama yang dibangkitkan sebagai alasan untuk penamatan."
Ini berlaku walaupun surat penamatan hanya memetik prestasi pasukan yang tidak memuaskan sebagai alasan untuk dibuang kerja.
"Ini agak berasingan dan berbeza daripada dakwaan syarikat sebelum ini bahawa pihak yang menuntut telah melakukan salah laku di hadapan akhbar dan penyokong.
Paramalingam juga menyatakan bahawa Perak telah membuat tuntutan yang tidak realistik terhadap Lim Teong Kim walaupun mengetepikan bajet terhad untuk fasa pembinaan semula pasukan.
Terdapat juga dakwaan melibatkan pengurusan dan pemain mengatur pemberontakan menghantar aduan terhadap Lim Teong Kim secara rahsia pada 2023.
Selepas pemecatan Teong Kim, Yusri Che Lah bertindak sebagai jurulatih interim Perak sebelum ini.