Pengorbanan Hafiz Ramdan yang beraksi dalam demam berbaloi apabila pemain sayap PKNP FC itu muncul wira pasukannya menerusi gol penyamaan pada lewat permainan untuk mengikat Selangor 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.
Hafiz yang patah dua tulang bahu tahun lalu mula menunjukkan peningkatan prestasi sejak akhir-akhir ini.
Selepas menjaringkan gol ketika bertemu Kelantan, Rabu lalu, Hafiz muncul sebagai wira PKNP apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan perlawanan dengan Selangor itu.
Namun, di sebalik aksi cemerlang bekas pemain Perak itu, dia sebenarnya berada dalam keadaan kurang sempurna gara-gara demam.
"Alhamdulillah, seperti yang jurulatih katakan, nasib menyebelahi saya tetapi kami perlu bekerja untuk mencipta tuah itu.
"Banyak kali kami gagal menyempurnakan peluang pada babak pertama, terutama pada 10 minit terakhir.
"Jadi, jurulatih selalu berpesan, kami perlu melakukan persiapan semasa berlatih untuk menjadi lebih baik," kata Hafiz.
Pemain Selangor pula harus menyalahkan diri sendiri kerana leka pada penghujung permainan sehingga terpaksa menggigit jari di laman sendiri.
Pengendalinya, Nazliazmi Nasir, bagaimanapun enggan menuding jari kepada anak buahnya, sebaliknya akur dengan keputusan seri itu.
Malah, beliau memuji aksi mantap penyerang importnya, Rufino Segovia, selepas mengumpul enam gol setakat ini.
"Dalam bola sepak, tidak semua yang dirancang itu berlaku. Pemain sudah berusaha untuk mengekalkan satu gol.
"Kami perlu terima (hakikat) ini dan menjadikannya sebagai pengajaran," kata Nazliazmi.