Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Pengalaman orang lama penting demi kelancaran FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

christopher-raj.jpg
Kabinet baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan seimbang menerusi gabungan muka baru dan lama untuk setiap jawatankuasa.

Bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM, Christopher Raj, menegaskan pengalaman orang lama penting untuk memastikan kelancaran pentadbiran badan induk bola sepak negara itu. 

"Jawatankuasa pertandingan penting berbanding jawatankuasa kewangan dan pasukan kebangsaan. 




"Pertandingan memainkan peranan yang cukup besar kerana jawatankuasa itu (menentukan hala tuju) perkara yang melibatkan Piala Belia, Piala Presiden dan Piala B-17 dan Liga Suparimau," katanya. 

Semalam, FAM mengumumkan senarai pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa tetap dan jawatankuasa ad-hoc badan induk itu sejurus Mensyuarat Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2025-2029.

Antara lain, Datuk Noor Azman Rahman, diumumkan kekal sebagai setiausaha agung FAM.

"Kepercayaan kepada sekretariat banyak juga bergantung kepada presiden baharu. Biasanya dalam sebuab organisasi, individu tidak boleh dibuang begitu sahaja. 

"Ini juga merupakan peluang Datuk Joehari dan Datuk Noor Azman -- yang juga mempunyai kelebihan --  untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk pastikan FAM menjadi lebih mantap dan tiada krisis," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video