Bakat muda Pulau Pinang, S. Kumaahran, mengharapkan ilmu yang pernah ditimbanya di kelab terkemuka Brazil, EC Cruzeiro, pada 2011 dan 2012 mampu membuka peluang buat dirinya beraksi di liga luar negara suatu hari nanti.
Penyerang B-22 itu dilihat selku salah satu prospek masa depan bola sepak negara.
"Seorang jurulatih merangkap ejen Cruzeiro dari Brazil yang menetap di Pulau Pinang telah mengesan bakat saya dalam satu perlawanan persahabatan yang turut dihadiri beberapa penaja.
"Kemudian saya diuji dalam perlawanan Kejohanan Remaja Kelab-Kelab Dunia (CYC) dan seterusnya saya dihantar ke Brazil untuk berlatih bersama salah sebuah kelab ternama, Cruzeiro, yang beraksi dalam liga utama.
"Masa itu, saya baru di tingkatan tiga dan berkesempatan untuk berlatih di sana selama sebulan.
"Selepas pulang ke Malaysia, saya mendapat panggilan kedua untuk menjalani pemilihan di Brazil.
"Saya pun berangkat ke sana pada bulan Februari semasa saya masih menuntut di tingkatan empat dan menjalani tempoh percubaan selama dua minggu.
"Mereka cuba untuk melanjutkan tempoh percubaan saya selepas itu, bagaimanapun permohonan saya untuk melanjutkan visa tak diluluskan manakala saya pula ditimpa kecederaan.
"Corak latihan di Brazil banyak menggunakan bola, malah ketika sesi memanaskan badan sekalipun.
"Saya banyak belajar teknik hantaran dan skil individu kerana itulah yang diterapkan dalam permainan di sana," katanya.
Peluang untuk beraksi di luar negara tidak pernah pudar buat Kumaahran dan bersedia untuk berhijrah lagi.
"Saya tidak kisah dapat bermain dengan mana-mana kelab pun asalkan saya berpeluang beraksi di luar negara."
Kumaahran mengejutkan ramai pihak apabila dipanggil menyertai skuad kebangsaan seawal usia 19 tahun ketika dibimbing Dollah Salleh untuk dia mengorak langkah menjadi pemain disegani.
Menurutnya, panggilan itu menguatkan lagi tekadnya untuk terus berjaya biarpun sedar cabaran besar yang dihadapinya.
Dalam pada itu, dia menjadikan bola sepak sebagai batu loncatan untuk memperbaiki nasib keluarganya.
"Saya dari keluarga susah, bapa saya seorang pemandu lori.
"Meskipun begitu, dia tetap membawa saya ke latihan dan perlawanan. Jadi, saya mahu utamakan keluarga terlebih dahulu."