Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

'Pengadil najis, kami patut menang!'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

saddilramdani.jpg
Susulan keputusan seri 2-2 berdepan Terengganu dalam perlawanan Liga Super Malaysia, pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani, tidak berpuas hati dengan sistem mutu pengadilan yang dikendalikan di Gong Badak, semalam.

Tonggak Sabah itu meluahkan kata kesat terhadap pengadil yang diketuai oleh Ahmad Zuhaidi Dzulkifli sehingga mendapat respon media sosial.  

Pemburuan tempat ketiga semakin sengit apabila kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan berkongsi satu mata.

Begitupun, pemain berusia 26 tahun itu meluahkan rasa kecewanya sambil berang dengan pegawai perlawanan usai wisel penamat dibunyikan.

"Pengadil najis.



"Kepimpinan kamu sangat merugikan kami.

"Kami sepatutnya membawa pulang tiga mata penuh!" katanya di ruangan Instagramnya.

Perkara ini sudah pasti mendapat tumpuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundram, yang akan memberi penilaian aksi semalam.

Selepas ini, Sabah akan menentang finalis MFL Challenge Cup, PDRM, bagi memburu kemenangan, April depan.




 

Advertisement

Must Watch Video