Baru berusia 26 tahun dan boleh meneruskan perkembangan karier bola sepak, tetapi diri sendiri lebih mengetahui apakah kehendak yang diinginkan.
Itu keputusan yang dilakukan bekas ketua pasukan Kelantan, Yusri Yuhasmadi, yang memilih menyertai badan kerajaan sebagai pekerjaan tetap berbanding impian dan cita-citanya sejak kecil.
Ketika skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim sedang mempersiap pasukan menghadapi kancah liga amatur, A1 Semi-Pro, menerusi penyertaan Kelantan Red Warrior (KRW), Yusri antara tonggak yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai kapten.
Dan kelibatnya juga turun membantu KRW menjaringkan gol mencatatkan keputusan seri 2-2 sewaktu berdepan Terengganu dalam perlawanan pramusim di Kota Bharu, baru-baru ini.
Namun, atas dasar takdir dan ketentuan, Yusri meninggalkan arena bola sepak profesional dengan menerima tawaran daripada perkhidmatan kerajaan sebagai sumber tetap pendapatannya.
Itulah haluan pekerjaannya sekarang.
Dalam perbualan bersama media tempatan, Yusri menjelaskan bahawa antara faktor utama yang mendorong keputusan ini ialah faktor kewangan pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga-M).
Dia mengakui bahawa kini lebih cenderung memilih kerjaya yang menawarkan jaminan masa depan dan kestabilan.