Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

'Pemain ini takkan pilih Indonesia jika layak wakili Belanda'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indon.jpg
Bekas pemain kebangsaan Belanda, Robert Maaskant, menjelaskan pemain berdarah kacukan Belanda-Indonesia hanya memilih untuk mewakili negara jiran itu susulan tidak dapat menyertai pasukan kebangsaan Belanda.

Malah, dia turut berasakan skuad Indonesia terlalu 'Hype' selepas 10 pemain berdarah Belanda memilih untuk mewakili negara itu bagi memperkuatkan skuad bola sepak.

Untuk rekod, skuad kendalian Patrick Kluivert terpaksa akur tewas kepada Australia 1-5 dalam dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, baru-baru ini.



 

"Terlalu dibesar-besarkan. Kami tidak mengenali pasukan itu dan hampir tidak pernah melihat mereka beraksi. Yang kita dengar ada (pemain) ke sana.

"Sekarang terdapat 10 pemain Belanda yang bermain untuk skuad kebangsaan Indonesia. Tapi mari kita jujur, pemain-pemain ini tidak akan memilih Indonesia jika mereka layak untuk pasukan kebangsaan Belanda." katanya yang tular dalam sebuah podcast.

Sejak bersara, Maaskant yang kini berusia 56 tahun aktif sebagai jurulatih dan pernah membawa kelab seperti Go Ahead Eagles, FC Zwolle dan kini bertindak selaku ketua jurulatih pasukan Helmond Sport.





 

Advertisement

Must Watch Video