Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak menyenaraikan pegawai video bantuan pengadil (VAR), Lee Mason, bagi sebarang perlawanan hujung minggu ini selepas pengadil itu melakukan "kesilapan besar" ketika Arsenal terikat dengan Brentford.
Pendahulu liga, Arsenal, terikat 1-1 dalam perlawanan 'Derby London' hujung minggu lalu tetapi jaringan penyamaan Ivan Toney buat Brentford tidak sepatutnya dibenarkan.
Toney menanduk masuk jaringan jarak dekat selepas menerima umpanan Christian Norgaard tetapi Norgaard terlebih dahulu berada di kedudukan ofsaid sewaktu serangan itu dibina.
Jaringan itu kemudian melalui semakan VAR, di mana Mason -- yang bertanggungjawab mengelola teknologi itu dalam perlawanan berkenaan -- tidak menyedari posisi Norgaard sebelum jaringan itu terhasil.
Professional Game Match Officials Limited (PGMOL), badan yang bertanggungjawab ke atas segala urusan pengadil di England, kemudian mengakui Arenal dan Brighton and Hove Albion, kedua-duanya menjadi mangsa kesilapan besar VAR pada hari perlawanan berkenaan.
Mason kemudian tidak dinamakan sebagai pegawai bagi sebarang perlawanan EPL hujung minggu ini.
Insiden sama turut menimpa Brighton pada hari berkenaan, di mana jaringan kemenangan mereka ke atas Crystal Palace dibatalkan selepas kecuaian pegawai VAR, John Brooks.
Brooks digugurkan daripada menjadi pegawai VAR sewaktu aksi 'Derby Merseyside' semalam dan perlawanan di antara Manchester City dan Arsenal awal pagi esok tetapi dia dijangka akan kembali sebagai pegawai keempat perlawanan The Gunners menentang Aston Villa hujung minggu ini.