LIGA SUPER MSIA
PDRM FC rehatkan Azzmi tanpa alasan?
Ketika semua peminat-peminat bola sepak tanah air sedang memberi tumpuan kepada prestasi pasukan Malaysia menentang Papua New Guinea dan ketika itu juga pasukan PDRM FC membuat kejutan dengan merehatkan ketua jurulatih mereka, Azzmi Aziz tanpa alasan yang kukuh diberikan kepada jurulatih itu.
Ini satu lagi budaya yang terjadi dalam kancah pengurusan bola sepak di Malaysia dimana setiap tahun akan mengambil tindakkan melulu tanpa memikirkan kesan yang akan dialami oleh kelab mereka sendiri terutama dari segi imej dan jenama PDRM FC sendiri ketika ingin mencari penaja pada masa hadapan.
Jika pengurusan PDRM FC memgambil kira prestasi semasa skuad The Cops untuk memecat Azzmi ia agak bertentangan dengan prestasi semasa skuad kendaliannya itu. Berdasarkan dua perlawanan terakhir saingan Liga Super sebelum liga berehat seketika semasa kelander FIFA skuad The Cops telah berjaya menundukkan dua gergasi bola sepak negara iaitu Sabah dan Selangor, atas faktor itu juga kemampuan pengendali dari Selangor itu tidak boleh di sangkal lagi kerana Azzmi bijak menggunakan kualiti pemain yang sedia ada.
Iklan
Selain itu dengan tindakkan yang di ambil oleh pengurusan The Cops dan beberapa pasukan dalam Liga Super musim ini untuk merehatkan jurulatih sebelum musim berakhir, ia sebenarnya akan mencemarkan imej dan nilai komersial Liga Super. Ia akan memberi kesan kepada Malaysia Football League (MFL) untuk menarik penaja-penaja pada masa hadapan. Walaupun keputusan mutlak memang berhak kepada pengurusan untuk membuat keputusan apa sekali pun tetapi mereka juga perlu memikirkan implikasinya.
Sebagai pemerhati bola sepak negara penulis rasakan budaya ini harus di bendung dan kebijaksanaan daripada pengurusan merancang perjalanan kelabnya amat di tagih kerana ia amat penting untuk memastikan kelab boleh kekal stabil mencari dana dari penaja-penaja di masa hadapan. Kepada Azzmi pula jadikanlah pengalaman ini sebagai pemacu kepada diri anda untuk lebih maju dan perlu berfikir dengan bijak selepas ini untuk memilih kelab bagi melebarkan sayapnya sebagai jurulatih di masa hadapan.
Must-Watch Video