MAN CITY 2 EVERTON 1
Pep Guardiola memuji sikap Manchester City di atas kemenangan ke atas Everton sambil berkata pasukan lain mungkin "menamatkan saingan di tempat ketujuh atau kelapan" jika mereka jauh ketinggalan di belakang pendahulu.
Dua jaringan Gabriel Jesus dalam separuh masa kedua membantu City meraih kemenangan 2-1 awal pagi tadi, sekali gus menyaksikan skuad kendaian Guardiola itu kini ketinggalan hanya 11 mata kepada Liverpool, yang memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan.
Pengurus City itu berpuas hati dengan pendekatan yang dipamerkan pasukannya ketika mereka terus berusaha untuk mengejar Liverpool di sebalik jurang yang besar.
"Saya berpuas hati dengan persembahan pasukan. Kami juga menampilkan permainan terbaik seperti selalu," katnya.
"Ketinggalan jauh buat kali pertama sejak menjadi juara untuk dua musim. Pasukan lain mungkin sudah berputus asa dalam situasi ini dan mungkin menamatkan saingan di tempat ketujuh atau kelapan."
Guardiola menggunakan formasi 3-4-3 ketika berdepan Everton dengan menurunkan Eric Garcia, Fernandinho dan Rodri sebagai pemain pertahanan manakala Benjamin Mendy dan Joao Cancelo turun sebagai bek sayap.
Bekas pengendali Barcelona itu, yang berpuas hati dengan sistem baru yang digunakan, berkata ia mungkin akan digunakan dengan lebih kerap selepas ini.
"Mungkin kami akan menggunakannya lagi," kata Guardiola. "Dalam separuh masa pertama berdepan Sheffield United, kami menurunkan tiga pertahanan.
"Kami boleh mengambil pendekatan yang sama untuk aksi akan datang."
City akan kembali beraksi apabila menerima kunjungan Port Vale dalam aksi pusingan ketiga Piala FA, Sabtu ini.
Editor: Ammar Hakim