Bintang Jerman, Mesut Ozil, mengesahkan persaraannya daripada pentas bola sepak antarabangsa dengan serta-merta selepas menerima kecaman tanpa henti daripada Presiden Persatuan Bolasepak Jerman (DFB), Reinhard Grindel.
Ozil dikritik oleh DFB selepas menemui Presiden Turki, Tayyip Erdogan, sebelum Piala Dunia lalu.
Bintang Arsenal yang memiliki darah Turki itu menjelaskan semalam bahawa pertemuannya dengan Erdogan tidak melibatkan sebarang unsur politik.
Dalam bahagian kedua daripada tiga kenyataannya, Ozil menyelar cara DFB menanganil insiden itu sambil menegaskan pertemuannya dengan Erdogan telah dihakimi secara tidak adil sehingga menjadikannya sebagai faktor kegagalan Jerman dalam Piala Dunia 2018.
Surat yang ditulis oleh Ozil itu juga menerangkan kekecewaannya terhadap bidang politik Jerman serta segelintir penyokong, di mana dia berasa tidak dihormati dan diancam istilah perkauman.
Justeru, semalam dia mengesahkan tidak lagi akan menjadi pilihan buat pengurus skuad kebangsaan Jerman, Joachim Low, sambil menyalahkan Grindel kerana tiada kecekapan dalam menangani isu yang berlaku, termasuk mendengar pendapat daripada pemain tengah itu.
"Satu keputusan yang berat, selepas mengambil kira beberapa perkara, saya tidak lagi akan menyarung jersi Jerman di arena antarabangsa memandangkan saya tidak rasa dihormati.
"Tidak syak lagi bahawa isu itu membuatkan saya kecewa, lebih-lebih lagi selepas layanan yang tidak baik daripada DFB dalam masa beberapa bulan terakhir, termasuk presiden, Grindel.
"Selepas wujud gambar saya bersama Erdogan, saya diminta oleh Low untuk mempercepatkan percutian dan kembali ke Berlin, memberikan kenyataan bagi menamatkan semua spekulasi.
"Walaupun saya cuba menjelaskan kepada Grindel mengenai keturunan dan warisan melalui gambar itu, dia lebih berminat untuk bercakap tentang pandangan politiknya sendiri dan merendahkan pendapat saya.
"Memandangkan sikapnya sebegitu, kami bersetuju bahawa perkara terbaik adalah memberikan fokus sepenuhnya kepada aksi Piala Dunia dan sebab itu saya tidak menghadiri sidang media DFB ketika persiapan untuk Piala Dunia.
"Saya tahu wartawan yang membincangkan tentang politik hanya akan cuba untuk menyerang saya.
"Sejak berakhir Piala Dunia, Grindel memberikan begitu banyak tekanan kepada saya mengenai keputusannya sebelum kejohanan bermula.
"Kebelakangan ini, dia banyak mempersoalkan tindakan saya dan menyalahkan saya ekoran aksi buruk pasukan Jerman dalam Piala Dunia walaupun menegaskan segalanya telah berakhir ketika di Berlin.
"Saya tidak bercakap pada hari ini untuk Grindel tetapi kerana saya mahukannya. Saya tidak mahu terus dipersalahkan di sebalik kegagalannya menjalankan tanggungjawab.
"Saya berbangga menyarung jersi Jerman tetapi kini tidak lagi. Keputusan ini sukar dibuat kerana saya sentiasa memberikan segala-galanya untuk rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan warga Jerman," katanya lagi.