Skip to main content

Bola Sepak

Ozil tidak layak sarung jersi Arsenal -- Keown

ozil.jpg
Bekas pemain Arsenal, Martin Keown, menyelar pemain tengah, Mesut Ozil, selepas mereka tersingkir daripada Liga Europa (UEL), awal pagi tadi.

Skuad kendalian Arsene Wenger itu mengalami kekalahan 1-0 kepada Atletico Madrid di Wanda Metropolitano, sekaligus tewas 2-1 secara agregat.

Ozil gagal memberikan impak buat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu apabila sekadar melepaskan satu percubaan tepat ke sasaran dalam aksi timbal balik berkenaan.

Keown – yang memenangi tiga gelaran EPL bersama Arsenal dan membuat lebih daripada 300 penampilan bersama kelab itu -- kecewa dengan persembahan pemain kebangsaan Jerman itu.

"Ia bukan satu persembahan yang baik. Dia tidak memberikan impak. Ozil seperti menyimpan kuku dalam perlawanan ini," katanya.

"Sama ada pengurus baru mampu menilai persembahannya, saya tidak tahu. Ia akan menjadi satu masalah yang besar kerana Wenger telah melaburkan banyak wang kepada pemain ini yang tidak seiring dengan prestasinya.

"Pada saya, Ozil tidak layak menyarung jersi Arsenal malam ini. Saya telah banyak melihat perkara yang sama berlaku dan ia perlu diberitahu kerana kami mengharapkan sesuatu daripadanya.

"Dia seorang pemenang Piala Dunia," tambahnya

Advertisement

Must Watch Video