Bekas kapten negara, Norhafiz Zamani Misbah, mengakui peluang menabur bakti bersama tempat kelahirannya, Negeri Sembilan, sebagai satu penghargaan tertinggi.
Pertahanan yang pernah membantu skuad Jang menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada 2011 itu akan membuktikan kewibawaannya menerusi skuad Piala Presiden.
Norhafiz ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsi keterujaannya selepas mengharungi beberapa perlawanan musim ini.
"Saya pernah mengendalikan AMD (Akademi Mokhtar Dahari) yang terdiri daripada pemain berumur 13-17 tahun.
"Jadi saya memerlukan pendekatan yang berbeza kerana Piala Presiden merupakan pelapis kepada pasukan Liga Super, ia amat penting untuk sesebuah kelab.
"Saya perlu sediakan pemain yang benar-benar faham taktikal dan teknikal permainan. Saya akan terapkan mentaliti profesional kepada pemain sebagai persediaan untuk mereka," katanya yang membuat 84 penampilan antarabangsa.