Bintang Brazil, Neymar, teruja untuk mengetuai cabaran negaranya dalam memastikan kejayaan Piala Dunia di Russia, bulan depan.
Penyerang Paris Saint-Germain berusia 26 tahun itu semakin hampir untuk kembali beraksi susulan kecederaan pergelangan kaki, kurang sebulan lagi temasya Russia 2018 akan dilangsungkan.
Neymar terdesak untuk membantu Brazil -- salah satu pasukan kegemaran di Russia -- untuk menamatkan penantian gelaran Piala Dunia sejak 2002.
"Apa yang memberi inspirasi kepada saya adalah bermain bola sepak. Saya gembira di dalam bidang ini," katanya kepada Desimpedidos dalam temubual di Facebook.
"Piala Dunia adalah kejohanan terbesar di dunia, saya hanya mahu bermain dan menjadi juara. Piala ini mesti menjadi milik saya."
Anak buah Tite diundi di dalam Kumpulan F bersama-sama Switzerland, Costa Rica dan Serbia.
Setelah diketepikan sejak Februari lalu, Neymar mendedahkan dia semakin hampir untuk kembali beraksi.
"Saya sudah mula berlatih dengan bola, saya berasa baik dan selesa," katanya.
"Sudah tentu saya agak takut tetapi secara perlahan-lahan saya kembali."