Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, menyifatkan laporan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid sebagai tidak masuk akal.
Neymar, 26, dikaitkan dengan perpindahan mengejut ke Madrid pada musim depan sungguhpun memeterai kontrak bersama juara Ligue 1 itu sehingga 2022.
Pemain antarabangsa Brazil itu kembali menjalani latihan selepas pembedahan kaki menjelang Piala Dunia Russia, namun masa depannya tetap menjadi perbualan.
Bagaimanapun, bercakap kepada pemberita semalam, Neymar menolak khabar angin yang mengaitkannya dengan Madrid.
"Tumpuan kini bersama pasukan Brazil," katanya.
"Mereka mengucapkan kata-kata yang tidak masuk akal. Tidak perlu dijawab."
Neymar menjaringkan 28 gol dalam kempen pertamanya dengan gergasi Perancis itu apabila memenangi Ligue 1, Coupe de France dan Coupe de la Ligue.