Bekas penyerang Brazil, Ronaldo, tidak pasti jika Neymar gembira di Paris Saint-Germain (PSG) tetapi dia telah melonjakkan lagi nilai kelab dan liga sejak kedatangannya.
Neymar menyertai PSG pada permulaan musim dari Barcelona dan memenangi kejayaan tiga gelaran domestik dalam musim pertamanya di Perancis di samping meledak 28 gol dalam semua kejohanan.
Ronaldo, yang juga mengambil keputusan untuk meninggalkan Barcelona satu ketika dahulu untuk berpindah ke Inter pada 1997, percaya rakan senegaranya itu meningkatkan mutu saingan Ligue 1.
"Neymar memberikan banyak kepada Perancis, termasuk Ligue 1," kata Ronaldo.
"Saya berasakan dia membawa perubahan yang banyak. Bukan sahaja bakat tetapi jenamanya. Semua orang bercakap mengenai PSG dan liga ini di seluruh dunia. Dia seorang pemain yang berkualiti dan semua orang bercakap mengenainya."
Bagaimanapun, bekas penyerang itu mempersoalkan mentaliti Neymar bersama gergasi Perancis itu kerana tidak putus-putus dikaitkan dengan Real Madrid.
"Neymar baru hanya beraksi dalam Ligue 1 selama setahun dan kecederaan menghalang untuk dia terus mempamerkan aksi cemerlang.
"Kami perlu tunggu dan lihat apa yang akan terjadi," ujarnya.