Skip to main content

Bola Sepak

Neymar akan menyinar bersama Barcelona -- Iniesta

neymar-and-andres-iniesta-cropped_usf9m1mhtf6g1autt4cg4zx3f_1.jpg
Andres Iniesta percaya Barcelona tidak akan menyesal sekiranya mendapatkan semula khidmat Neymar daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Bintang Brazil, Neymar, sering dikaitkan dengan kepulangan ke Camp Nou dalam enam bulan terakhir ketika musim rehat, dengan PSG bergelut untuk memastikan dia kekal di Paris.

Perpindahan mega ke kelab Perancis itu pada Ogos 2017 menyaksikan Neymar menebus kontraknya di Barca menerusi rekod dunia EUR222 juta (RM1.08 bilion) dan dia berharap mampu mengetuai pasukannya meraih gelaran Liga Juara-Juara Eropah.

Minggu ini, Neymar berkata dia mengidamkan kejayaan di pentas Eropah dan penggempur itu menerima sokongan penuh penyokong di Paris walaupun sebelum ini mereka berang dengan spekulasi kepulangannya ke Barca.

Tatkala PSG di landasan terbaik untuk meraih gelaran Ligue 1 ketiga berturut-turut dan berdepan Borussia Dortmund dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara, spekulasinya ke Barca kembali menjadi perbualan hangat.

Iniesta, yang merupakan rakan sepasukannya sewaktu di Barca dan kini mewakili Vissel Kobe, tidak meragui kemampuan Neymar dan akan memberikan sumbangan sekiranya proses perpindahan dibincangkan.

"Dia salah seorang penggempur terbaik, bukan hanya sekarang," katanya.

"Dia akan menjadi penambahan hebat buat Barca. Perkara lain adalah sama ada ia perlu atau tidak. Bagi saya, dia antara yang terbaik dan akan menyinar."

Barca kini memiliki rangkaian penyerang berbakat menerusi Lionel Messi, Luis Suarez dan Antoine Griezmann.

Messi dan Suarez kini berusia 32 tahun sambil Barca perlu memulakan perancangan untuk menambah kekuatan barisan depan tatkala Neymar hanya akan memasuki usia 28 tahun bulan depan.

Iniesta tetap mengakui sumbangan Messi apabila berkata: "Dia masih sama, memecahkan rekod. Dia lebih penting berbanding sebelum ini.

"Satu khabar gembira buat Barca apabila dia berada pada prestasi terbaik. Saya harap dia mampu mencapai sasaran yang dimiliki musim ini."



Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video