Neymar memberikan penghormatan buat Kobe Bryant selepas ikon bola keranjang itu terbunuh dalam satu nahas helikopter awal pagi tadi.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu menjaringkan dua gol ketika menewaskan Lille 2-0 dalam perlawanan Ligue 1 di Stade Pierre-Mauroy awal pagi tadi dan dilihat mengangkat isyarat dua dan empat jari ketika menjaringkan gol keduanya sebagai penghormatan buat Bryant -- yang menggunakan jersi nombor 24 bersama Los Angeles Lakers.
Selepas tamat perlawanan, Neyamar, yang juga seorang peminat sukan bola keranjang, mengenang impak yang telah diberikan Byant dengan berkata kematian pemain legenda itu merupakan satu detik sedih buat peminat sukan dunia.
"Saya melihat pesanan itu ketika waktu rehat," katanya kepada Canal+.
"Ini merupakan detik paling sedih buat seluruh dunia sukan dan kesemua kami, bukan hanya peminat bola keranjang.
"Saya mengenalinya dan saya melakukan keraian seperti ini untuk menghormatinya.
"Saya harap dia tenang di sana," katanya.
Bryant memenangi lima kejuaraan NBA dan tersenarai sebanyak 18 kali dalam kalangan pemain All-Star NBA sepanjang 20 tahun bersama Lakers.
Editor: Muzaffar Musa