"Berada di kerusi panas, saya sudah jangka situasi ini akan tiba!," demikian reaksi jurulatih Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir, yang tidak 'ambil hati' andai ada rancangan pihak pengurusan mencari pengganti yang lebih baik untuk posisinya pada musim depan.
Dalam situasi yang dialami skuad bola sepak Selangor, Nazliazmi akur dengan keperluan sebenar skuad Red Giants walaupun keadaan itu mungkin akan menggugat posisi yang dimilikinya ketika ini.
Tegasnya, jika keputusan itu mampu mengubah keadaan Selangor, dia perlu berlapang dada demi kebaikan pasukan Merah Kuning.
"Kita tahu jawatan jurulatih Selangor adalah kerusi panas di mana Selangor adalah pasukan legenda yang penuh dengan sejarah kegemilangan.
"Itu semua terpulang kepada pengurusan, saya akur kehendak pengurusan. Keutamaan adalah pasukan. Jika khidmat saya diperlukan sebagai pembantu jurulatih atau masih perlu berada dalam pasukan, saya masih akan pertimbangkan," katanya.
Bagaimanapun, Nazliazmi menafikan kekangan yang dihadapi, termasuk masalah kesihatan anak bongsunya, menjadi punca fokusnya kepada pasukan terjejas.
"Apabila saya bersama pasukan, saya perlu mengetepikan dahulu masalah kerana keutamaan adalah pasukan.
"Saya memandang keikhlasan dan kejujuran adalah lebih penting, itu prinsip saya sebagai jurulatih," katanya.
Nazliazmi masih memiliki tugasan bersama Selangor sehingga 16 Ogos ini, dengan kontraknya akan tamat pada penghujung November depan.
Sejak mengambil alih Selangor selaku jurulatih, Nazliazmi berjaya membawa Selangor ke final Piala FA selain mengekalkan Gergasi Merah dalam kancah Liga Super.