Pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa, akan berdepan hukuman penggantungan perlawanan selepas kesnya kini dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Ia berdasarkan bukti rakaman video dan laporan susulan tindakannya menyerbu dan menyentuh pengadil selepas tamat perlawanan di antara Perak FC dan JDT di Ipoh hujung minggu lalu.
Natxo mencetus kontroversi apabila didapati menolak pengadil selepas wisel penamat ditiupkan dan secara kebetulan tindakan pemain berdarah campuran negara itu turut dirakam lensa kamera.
Berdasarkan undang-undang permainan, ia adalah kesalahan di bawah kelakuan ganas dan Natxo sepatutnya dilayangkan kad merah walaupun perlawanan sudah berakhir.
Namun, yang menjadi persoalan ketika ini adalah bentuk hukuman yang sedang menanti pemain kelahiran Sepanyol itu.
Demi mendapatkan jawapan persoalan berkenaan, wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menemu bual bekas pengerusi jawatankuasa pengadil FAM, Subhkiddin Salleh.
Subkhiddin berkata: "Kalau kita mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil, dalam undang-undang ada menyatakan di mana seseorang pemain yang mengeluarkan kata-kata atau perbuatan kesat, mencerca, menghina pegawai perlawanan, dia akan diperintahkan keluar padang.
"Jadi, apabila melibatkan kelakuan ganas seperti ini, hukuman (penggantungannya) bukan lagi satu atau dua perlawanan, ia akan melibatkan tempoh yang lebih panjang.
"Sebab itu ada pemain yang digantung sehingga setahun dan ada pula pemain yang digantung lima perlawanan.
"Kalau di luar negara, pemain yang hebat-hebat pun ada yang dikenakan penggantungan lima perlawanan.
"Ia dilihat berdasarkan bagaimana pemain berkenaan melakukan kesalahan itu.
"Selepas saya melihat semula 90 minit perlawanan tersebut, ia merupakan kali pertama saya melihat pengadil ini dan saya rasa amat gembira melihat perwatakannya.
"Jadi, ia tidak boleh dilihat sebagai kelemahan pengadil di Malaysia. Tidak, ia persepsi yang salah.
"Kita perlu lihat daripada sudut 90 minit dan saya dapat lihat kita mempunyai bakat baru dalam pengadilan bola sepak negara, jadi saya harap FAM tidak akan menggantungnya (pengadil).
"Pengadil itu amat bagus, jadi buat apa kita mahu menggantungnya. Kita sepatutnya memberikannya galakan dan ruang untuk dia mempamerkan kemampuannya.
"Jangan bersikap untuk meredakan keadaan, gantung pengadil. Tidak boleh, ia satu kesilapan," katanya.