SPEZIA 0 NAPOLI 3
Pengurus Napoli, Luciano Spalletti, merancang memberi tumpuan kepada dua gelaran musim ini apabila mengimpikan untuk memenangi Serie A dan Liga Juara-Juara (UCL).
Pasukan kendalian Spalletti itu selesa menang 3-0 ketika berkunjung ke Spezia awal pagi tadi untuk melebarkan pendahuluan mereka di puncak kepada 16 mata.
Inter berpeluang untuk mengurangkan kelebihan Napoli kepada 13 mata tetapi ia tampak terlalu sukar untuk digugat, lebih-lebih lagi prestasi memberangsangkan penghulu domestik musim ini itu.
Sekiranya Napoli memenangi kejuaraan domestik, ia akan menamatkan penantian mereka sejak 1990 dan merupakan gelaran pertama tanpa sumbangan Diego Maradona yang menjadi tunjang kejayaan mereka selama tiga tahun.
Memenangi Serie A merupakan sesuatu yang penting tetapi pasukan dari Naples itu berhajat melakar kejuaraan pertama di Eropah memandangkan turut mara ke pusingan 16 UCL dan bakal berhitung dengan Eintracht Frankfurt.
Justeru, Spalletti menggesa pasukannya meneruskan cita-cita tinggi mereka itu.
"Ada saat dalam hidup ini apabila keputusan sudah dicapai dan pada saat itu, sama ada anda berpuas hati atau cuba untuk meningkatkan diri," katanya kepada Sky Sport Italia.
“Kami tidak mempunyai keraguan, kami telah memutuskan untuk menggandakan usaha.
"Kami turun dan cuba memperagakan perlawanan yang menghiburkan buat peminat, malah buat peminat yang mungkin hari ini berada di rumah mendoakan kami kerana mereka menyayangi kami. Kami harus berbangga tentang hal ini."

? Una prestazione da ????????
— Official SSC Napoli (@sscnapoli) February 5, 2023
? #ForzaNapoliSempre pic.twitter.com/CEO60msJ9h