Skip to main content

Bola Sepak

Program Bina Juara wujudkan pangkalan data pemain muda di Sabah

aaa
Advertisement

Bekas jurulatih yang pernah membawa Sabah menjuarai Liga Perdana pada 2019, Jelius Ating, percaya Program Bina Juara adalah satu revolusi baru untuk akar umbi Negeri Di Bawah Bayu itu.

Mengambil kira saiz negeri sabah yang sangat luas, sukar untuk adanya penggunaan sains sukan dan teknologi secara menyeluruh, maka inisiatif seperti ini akan menjadi titik tambah dalam mencari bakat-bakat terbaik tempatan.

Advertisement

"Ini satu pendekatan yang sangat baik untuk mencari bakat di negeri sendiri.

"Dengan perkenalan teknologi semasa dalam bola sepak, mampu membantu bakat tempatan agar lebih berjaya pada masa hadapan," katanya.

Advertisement

Bagi penganalisis prestasi pasukan Sabah, Ahmad Hilmi Abdul Latif, Malaysia ketinggalan daripada segi penerapan teknologi seperti ini.

Bagaimanapun, Hilmi inisiatif Coca-Cola dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah positif dalam usaha mengumpul data pemain-pemain yang mungkin ada potensi menjadi bintang.

"Kita sudah ketinggalan 10 tahun berbanding Australia sebagaimana ketika saya berkhidmat bersama Harimau Muda di sana.

"Kami dapat pangkalan data untuk memantau pemain yang boleh diserapkan ke peringkat Sabah FC," katanya pula. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video