Pasangan beregu campuran Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, yang baru sahaja bergelar juara dunia hujung Ogos lalu, tewas mengejut kepada pasangan Jepun, Akira Koga-Natsu Saito, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di SJF Bank Arena sebentar tadi.
Gandingan Jepun itu, yang berada di ranking ke-18 dunia, dipaksa mengerah keringat sebelum menutup set pertama dengan kemenangan 22-20.
Tersentak dengan kekalahan set pertama, Gicquel-Delrue kembali memperkemaskan corak permainan mereka.
Aksi berlangsung dengan tetapi Koga-Saito kekal tenang sehingga menoktahkan pertarungan dengan kemenangan 21-19 dalam aksi yang berlangsung selama 48 minit.
Menanti pasangan Jepun itu dalam aksi suku akhir esok ialah beregu campuran sensasi negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, yang melakar kejutan menundukkan beregu kelima dunia dari Thailand.