'Ada had limit'
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan, mengulas mengenai spekulasi gaji jurulatih baharu Harimau Malaya, Bojan Hodak.
Terdahulu, tular di media sosial apabila terdapat perkongsian bahawa jurulatih berusia 55 tahun dari Croatia itu menerima bayaran sekitar AS$50,000 sebulan dengan misi memacu skuad kebangsaan layak ke Piala Asia 2032.
“Ada had limit”, Datuk Ab Ghani Hassan mengulas spekulasi gaji Bojan Hodak yang dipercayai mencecah RM205,000 sebulan, dengan kedua-duanya kini kembali bergandingan selepas pernah bekerjasama bersama skuad B19 negara. 💰🐯 @ASTROARENA https://t.co/44LCP8lNoK
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 28, 2026
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan:" 'Ada had limit', Datuk Ab Ghani Hassan mengulas spekulasi gaji Bojan Hodak yang dipercayai mencecah RM205,000 sebulan.
"Dengan kedua-duanya kini kembali bergandingan selepas pernah bekerjasama bersama skuad B-19 negara." katanya.
Sebelum ini difahamkan Hodak menerima bayaran gaji RM2.24 juta semusim ketika mengemudi Persib Bandung.
Nantikan laporan penuh di Nadi Weekend malam ini.