Saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 yang berlangsung dari 27 September hingga 4 Oktober 2026 mencatatkan seramai 2.1 billion penonton daripada seluruh dunia.
Seperti edisi-edisi sebelum ini, Astro memperkukuhkan status dengan bertindak sebagai penyiar rasmi dengan menyaksikan kejayaan memberansangkan yang didorong dengan dengan liputan secara menyeluruh yang dibawa Astro sepanjang lapan hari perlumbaan berlangsung.
Jumlah tontonan tinggi itu secara tidak langsung memberikan isyarat positif bahawa minat terhadap sukan berbasikal lebih raya terus berkembang pesat lebih-lebih lagi dengan tiga puncak tanah tinggi yang paling dinantikan sebagai 'menu utama' perlumbaan dalam saingan LTdL edisi ke-30 kali ini.
"April lalu, Jemaah Menteri putuskan LTdL kembali dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). MSN hanya ada masa kurang lima bulan, dengan bajet yang cukup cukup terhad.
"Ramai yang ragu ragu pada waktu itu. Hasilnya, 120 pelumba merentas lapan negeri sejauh 1,258.5 km, dan buat pertama kali mendaki Gunung Jerai.
"Seramai 175,000 rakyat Malaysia keluar menonton di sepanjang laluan, dan siaran LTdL menjangkau 2.1 bilion isi rumah di seluruh dunia.
"UCI beri penilaian yang jarang kita dengar: “all green in all aspects of the race. Ini buktinya. Kita mampu menganjurkan acara sukan bertaraf dunia dan kita juga mampu merakyatkan sukan antarabangsa.
"Semua ini dibuat oleh orang yang jarang berada di hadapan kamera. Malam ini kita benar benar raikan mereka. Terima kasih, keluarga LTdL." kata Menteri Belia dan Sukan (KBS), Taufiq Johari.