Radja Nainggolan memohon maaf kepada penyokong di atas kesilapannya ketika Roma tersingkir dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) kepada Liverpool, awal pagi tadi.
Nainggolan menjaringkan dua gol pada penghujung permainan ketika Roma meraih kemenangan 4-2 tetapi gagal mara ke final apabila tewas menerusia agregat 7-6.
Perlu mengubah keputusan 5-2 di Anfield, harapan Roma untuk bangkit terjejas apaila kesilapan Nainggolan ketika melakukan hantaran disambar Sadio Mane untuk membuka jaringan di Stadio Olimpico.
Bintang Roma itu memohon maaf kepada penyokong di atas kesilapannya itu menerusi laman sosial, Instagram.
"Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan ini.
"Saya memohon maaf di atas kesilapan itu yang menggugat keputusan akhir. Kami perlu melihat ke hadapan. #dajeroma."
Roma hanya ketinggalan satu gol untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Jaringan pembukaan Mane telah dinafikan oleh gol sendiri James Milner enam minit kemudian.
Georginio Wijnaldum memberikan kelebihan kepada Liverpool sebelum Roma meledak tiga gol tanpa balas hasil percubaan Edin Dzeko dan Nainggolan.