Perkara sebegini sememangnya terlalu sukar untuk dibayangkan terjadi, tetapi dalam dunia bola sepak, halangan sentiasa sahaja diterobos dan sempadan baru diterokai.
Lanskap sukan ini tidak berhenti berevolusi, segala cabaran dihadapi dengan penuh keyakinan dan norma lapuk dihancurkan.
Ayat ini juga teramat sesuai ditujukan untuk pengurus pasukan kebangsaan wanita England, Sarina Wiegman, satu nama yang semakin sinonim dengan kejayaan dalam genre bola sepak wanita.
Sejak dilantik pada Ogos 2020, Wiegman mencatatkan rekod yang cukup memberangsangkan – 30 menang, tujuh seri dan kalah hanya satu.

Pasukan wanita England turut menjulang trofi Kejohanan Wanita Eropah UEFA tahun lalu, disusuli Finalissima beberapa bulan kemudian, dengan menundukkan Jerman dan Brazil dalam final saingan-saingan tersebut.
Terkini, mereka menumbangkan Australia dalam separuh akhir Piala Dunia Wanita (WWC) semalam, melayakkan England ke final kejohanan itu buat pertama kali dalam sejarah.
Hasil pencapaian itu, perbincangan mula tersebar tentang kemungkinan Wiegman mengambil alih jawatan pengurus pasukan lelaki England setelah luputnya kontrak pengurus pasukan lelaki, Gareth Southgate.
Mengejutkan, tetapi tidak dinafikan.
Dalam temu bual bersama BBC, Ketua Eksekutif Persatuan Bolasepak England, Mark Bullingham, menyatakan bahawa dia hanya akan melantik individu yang paling layak untuk jawatan pengurus pasukan lelaki, dan jika individu itu adalah seorang wanita, tiada masalah untuk pelantikan tersebut berlaku.

Pendirian Bullingham ini sememangnya bertentangan dengan konsep tradisional yang mengatakan hanya seorang lelaki boleh memimpin sekumpulan lelaki lain di peringkat tertinggi, tetapi malang sekali, tidak kira bagaimana menariknya kemungkinan sebegini berlaku, halangan besar pastinya menanti.
Pandangan pihak awam tidak akan pernah lekang, kritikan dan suara-suara sumbang serta skeptikal sudah mula kedengaran sejak dari awal lagi.
Tidak kira betapa menakjubkan pencapaian yang dikecapi mahupun berapa trofi yang dijulang, masyarakat England serta seluruh dunia masih berasakan konsep seorang wanita sebagai pengurus pasukan lelaki sebagai satu perkara yang melucukan dan mengarut, melainkan mereka dibuktikan salah pada kemudian hari.
Adakah peluang untuk membuktikan kesilapan tanggapan mereka itu bakal diberikan satu hari nanti? Itulah persoalannya.
Di saat pasukan kebangsaan wanita England bersiap untuk menghadapi Sepanyol dalam final, ura-ura tentang Wiegman bakal disasarkan oleh pasukan kebangsaan wanita Amerika Syarikat sebagai pengganti pengurus yang mengecewakan mereka, Vlatko Andonovski, sudah mula tular dengan maraknya.
Bullingham pantas menegaskan dia tidak akan sesekali membenarkan Wiegman dipancing oleh mana-mana pihak sekalipun kerana sumbangannya terhadap England terlalu berharga untuk dilepaskan.
Tidak kira apa pun pengakhirannya buat pasukan kebangsaan wanita England, satu hakikat yang nyata adalah di bawah kelolaan Wiegman, mereka telah berevolusi menjadi satu kuasa besar dunia dan secara rasminya telah memenangi kejohanan berprestij di era moden ini – sesuatu yang masih lagi ditagih oleh pasukan kebangsaan lelaki.
Angin perubahan berterusan bertiup, mungkinkah hembusannya bakal menyaksikan anjakan paradigma yang mengindahkan lagi sukan ini suatu hari nanti?