Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho: Real Madrid sama sekali tidak akan lepaskan Ronaldo

ronaldo-2.jpg
Jose Mourinho percaya Cristiano Ronaldo tidak akan dapat meninggalkan Real Madrid kerana finalis Liga Juara-Juara (UCL) 2018 itu akan menolak sebarang usaha untuk menjual aset berharga mereka itu. 

Pengurus Manchester United itu sempat bekerjasama dengan Ronaldo di Madrid -- yang akan menghadapi Liverpool di Kiev pada 27 Mei ini untuk menggondol mahkota UCL buat kali ketiga berturut-turut.

Ronaldo kerap dikaitkan dengan kepulangan ke Old Trafford dan Mourinho mengakui United pasti berminat dengan langkah itu jika berpeluang.

Tetapi, dengan Madrid seolah-olah bertekad untuk mengekalkan aset berharga mereka, Mourinho berharap bintang Portugal berusia 33 tahun itu  terus kekal di Santiago Bernabeu.

"Saya percaya Real Madrid tidak boleh menjualnya, ia dilarang," kata Mourinho kepada akhbar berbahasa Portugis.

"Dia terpaksa kekal sehingga mereka membenarkan dia pergi sebelum dia berpeluang beraksi setahun di Amerika Syarikat atau di mana sahaja yang dia mahu nikmati. Ia adalah pintu tertutup."

Berkenaan potensi membawa pulang Ronaldo ke United, Mourinho menambah: "Saya tidak fikir begitu tetapi semua orang tahu sejarahnya di Manchester. Mereka cukup bersemangat terhadapnya, terdapat beberapa pemain di dunia ini yang kami tidak akan mengatakan tidak sekiranya berpeluang mengikatnya."

Mourinho menyatakan dia mempunyai peluang untuk menjalin semula hubungan dengan Ronaldo sekiranya memutuskan untuk menangani Portugal, begitupun dia enggan meninggalkan pengurusan kelab sebelum tiba waktunya. 

"Saya hampir pergi sekali (melatih pasukan kebangsaan). Tetapi (Presiden Real Madrid) Florentino Perez tidak membiarkan saya kerana dia menganggap kedudukan saya sebagai jurulatih Real lebih sesuai berbanding pasukan kebangsaan," kata Mourinho.

"Ia berlaku hanya apabila saya semakin bosan untuk mengendali tiga perlawanan dalam tempoh seminggu, tujuh sesi latihan seminggu dan sebulan menjalani pra-musim. Buat masa ini, perkara-perkara seumpama itu belum melelahkan saya," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video