Pengurus Tottenham, Jose Mourinho, kelihatan kurang optimis sambil menunggu keputusan mengenai kecederaan hamstring yang dialami oleh penyerang, Harry Kane.
Kane -- yang bertindak sebagai kapten dalam ketiadaan penjaga gol, Hugo Lloris – sekali lagi menemui sasaran apabila meledak gol ketika berdepan Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam, namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Kane kemudian terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan hamstring dan Mourinho masih lagi belum mendapatkan maklumat lanjut terhadap status pemain tersebut sebelum sidang media pasca perlawanan.
"Ia adalah negatif. Menyaksikan Kane meninggalkan padang adalah negatif," katanya. "Masalah hamstring selalunya negatif.
"Adakah ia koyak? Perkara kecil? Adakah ia kekejangan, atau otot menguncup? Buat masa ini, saya tidak boleh berkata apa-apa."
Mourinho berasakan ketiadaan Kane, ketika Son Heung-min digantung perlawanan, merupakan halangan utama untuk beraksi cemerlang apabila terpaksa berhempas-pulas untuk mendapatkan jaringan penyamaan di Stadium St Mary selepas ketinggalan menerusi jaringan Danny Ings pada minit ke-17.
"Ia bukan perlawanan yang mudah. Separuh masa kedua sangat sukar," katanya. "Mereka memenangi perlawanan, bertahan dengan 10 pemain dan agresif sepanjang perlawanan.
"Mereka kerap kali melakukan faul, melengah-lengahkan permainan. Pengutip bola juga telah dilatih untuk melambatkan permainan. Sukar untuk berdepan lawan sebegini.
"Ketika kami kehilangan khidmat Kane, kami menyedari sudah kehilangan sebahagian daripada perlawanan yang sentiasa kami dominasi sebelum ini. Kami mengharungi 15 minit terakhir permainan tanpa penyerang dan ia menambahkan lagi kesukaran kami."
Mourinho turut kecewa dengan tahap kecederaan Tanguy Ndombele, yang digantikan selepas beraksi 25 minit dalam perlawanan itu.
"Dia sentiasa mengalami kecederaan," kata Mourinho lagi. "Kami memiliki harapan yang tinggi kepadanya, namun dia memiliki prestasi yang kurang konsisten.
"Perkara ini berlaku sejak permulaan musim lagi dan ia amat membimbangkan.
"Dia beraksi cemerlang ketika bertemu Norwich City dan kelihatan sudah bersedia, namun sebenarnya tidak. Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu, ia adalah situasi yang dihadapi pasukan sejak permulaan musim."
Editor: Ammar Hakim