MANCHESTER UNITED 0 CHELSEA 1
Jose Mourinho mendakwa dia tidak mempunyai peluang memilih Romelu Lukaku apabila penyerang Manchester United itu mengatakan dia tidak cergas untuk memulakan perlawanan ketika tewas 1-0 kepada Chelsea dalam final Piala FA di Wembley, awal pagi tadi.
Lukaku terlepas tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini akibat kecederaan buku lali yang dialami ketika menentang Arsenal pada hujung bulan lalu.
Penyerang itu berada di bangku simpanan pada awal aksi ketika The Red Devils tewas kepada bekas kelabnya itu, dengan kemenangan hasil sepakan penalti Eden Hazard pada pertengahan separuh masa pertama.
Dan Mourinho, yang menyenaraikan Marcus Rashford sebagai penyerang dalam ketiadaan Lukaku dan memberikan pemain antarabangsa Belgium itu beraksi 20 minit selaku pemain gantian, berkata ia bukan pilihannya.
"Ia tidak sukar, itu keputusannya," kata Mourinho dalam sidang media selepas perlawanan.
"Saya tahu lawan yang kami hadapi dan saya tahu mereka padat di bahagian bawah, agresif dan mereka cuba menutup segala ruang.
"Saya tahu bahawa tanpa penyerang utama, adalah sukar bagi kami. Saya tahu sekurang-kurangnya (ia akan membantu Marouane) Fellaini datang dari barisan kedua, menyerang pertahanan mereka dengan agresif.
"Saya tahu itu akan menjadi sukar tetapi saya tidak mengharapkan permainan itu betul-betul menjadi seperti itu kerana saya fikir ia agak keterlaluan.
"Apabila seorang pemain memberitahu kamu dia tidak bersedia bermain, tidak bersedia untuk memulakan perlawanan, maka persoalannya ialah, 'berapa banyak masa yang kamu fikir kamu boleh (bermain)?'.
"Tetapi, bagaimana saya dapat meyakinkan seorang pemain yang belum bersedia? Itu tidak masuk akal," katanya.