Skip to main content

Bola Sepak

Mourinho kritik taktik bola jauh Chelsea

jose-mourinho_k2107xtez7p3120d3xna8skxc.jpg
MANCHESTER UNITED 0 CHELSEA 1

Jose Mourinho berasakan taktik bola jauh menjadi punca Chelsea meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Manchester United dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley, awal pagi tadi.


Kekalahan itu bermakna Mourinho mengakhiri musim keduanya di Old Trafford tanpa piala tetapi dia berasakan pendekatan pengurus pasukan lawannya, Antonio Conte, terlalu negatif.

Jurulatih Itali itu menggunakan Hazard di belakang penyerang tunggal, Olivier Giroud, dalam formasi 3-5-1-1, serta kepadatan bahagian tengah yang diketuai N'Golo Kante.

"Saya fikir pasukan kami melakukan tugas pertahanan dengan hebat tanpa (hanya) bertahan," kata Mourinho dalam sidang akhbar.

"Kami menguasai kedudukan dan peralihan dengan baik, mereka hanya bermain bola jauh untuk Giroud, dan Hazard memenangi bola kedua, dan apabila kamu bermain menentang pasukan yang mudah diramal, ia senang untuk menyesuaikan diri dengannya.

"Saya tidak fikir kami akan melepaskan gol dalam perlawanan ini tetapi sudah tentu Hazard adalah pemain yang sangat baik dan mencipta penalti."

Hazard muncul wira Chelsea apabila menjaringkan gol tunggal menerusi sepakan penalti itu pada minit ke-22.

Advertisement

Must Watch Video