Skip to main content

Bola Sepak

Moreno dalam keraguan hadapi separuh akhir Supercopa

rodrigo.jpg
Rodrigo Moreno mengalami kecederaan lutut kanan menjelang pertembungan Supercopa de Espana dengan Real Madrid, demikian menurut Valencia. 

Penyerang Sepanyol itu terpaksa dikeluarkan ketika permainan bersisa tujuh minit yang menyaksikan kemenangan 1-0 berpihak kepada Valencia dalam aksi LaLiga di Eibar awal pagi tadi. 

Pasukan itu antara empat pasukan yang akan beraksi dalam separuh akhir Supercopa de Espana di Arab Saudi awal pagi Khamis ini. 

Lantas, penglibatan Rodrigo dalam kejohanan itu kelihatan dalam keraguan serius selepas imbasan lututnya.

"Keadaannya akan dinilai pada masa akan datang," kata satu kenyataan Valencia.

Bekas tonggak Madrid itu telah merakamkan empat gol buat Valencia dalam semua kejohanan setakat musim ini.



Editor: Shaiful Shamsudin 

Advertisement

Must Watch Video