Bintang Croatia, Luka Modric, akan meneruskan tugasannya mengambilnya sepakan penalti dalam Piala Dunia di Russia biarpun gagal menyempurnakan ketika berdepan Denmark, kata jurulatih Zlatko Dalic.
Sepakan penalti Modric diselamatkan Kasper Schmeichel sebelum dia menebus kegagalan itu dalam penentuan penalti dalam aksi semalam.
Penalti jentera tengah Real Madrid itu diselamatkan ketika permainan terikat 1-1 dalam masa tambahan, dia tampil sekali lagi dalam penentuan penalti untuk menang 3-2 biarpun penalti yang dilakukannya masih kurang meyakinkan.
Sehubungan itu, Dalic memuji keberanian Modric sambil berkata pemain berusia 32 tahun itu akan terus menggalas tanggungjawab berkenaan sekiranya Croatia dihadiahkan penalti lagi.
"Luka Modric adalah kapten kami, ketua kami dan dia mempamerkan tanggungjawab dan keberanian yang besar selepas kegagalan penalti pertamanya.
"Dia tampil dalam penentuan penalti dan dia menjaringkan gol, ia membuktikan kelasnya," katanya.
"Itulah perbezaan di antara pemain biasa dan pemain seperti Luka. Dia menjaringkan gol, ia tidak mudah baginya, dia tidak menyepak dengan baik semasa penalti tetapi dia lebih bertuah.
"Itulah yang berlaku apabila anda berani dan anda menunjukkan keberanian semasa perlawanan. Ya, jika ada peluang lain seperti itu, dia akan mengambilnya."
Croatia layak ke suku akhir untuk bertemu tuan rumah, Russia, yang melakar kejutan menyingkirkan Sepanyol dalam pusingan 16 di Sochi, Ahad lepas.
Dalic menjangkakan pertemuan lebih sukar dengan berkata: "Anda dapat lihat dalam kejohanan ini, pasukan yang memberi tumpuan kepada individu tidak akan pergi jauh. Pasukan yang bermain dengan baik sebagai sebuah unit akan mara.
"Semua pasukan cuba mengamalkan pendekatan mereka dan bermain dengan gaya tersendiri seboleh mungkin.
"Ia bukan mudah, Russia telah membuktikan ketika menentang Sepanyol, kami menjangkakan aksi yang sangat sengit."