LAZIO 0 MILAN 0
Ketua jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso, berasakan pasukannya melakukan terlalu banyak kesalahan ketika diikat 0-0 oleh Lazio dalam separuh akhir pertama Coppa Italia, awal pagi tadi, namun memuji kekentalan pertahanan skuad Rossoneri itu.
Milan, yang tiba di Stadium Olimpico dengan rekod tiga kemenangan berturut-turut, bergelut untuk menghasilkan impak dalam pertemuan separuh akhir pertama itu dengan membiarkan Krzysztof Piatek berlegar-legar keseorangan di bahagian depan.
Lazio pula memastikan Tiemoue Bakayoko sentiasa bekerja keras selepas diberikan tekanan mendalam di bahagian tengah setiap kali Milan mendapat bola walaupun Gatusso mengkritik pasukannya kerana tidak dapat merencanakan gerakan menyerang dari bawah.
Bagaimanapun, keputusan seri itu memberikan kelebihan buat Milan untuk melangkah ke final bagi menyingkirkan lawan itu dalam tahun kedua berturut-turut.
Mereka memerlukan penentuan penalti untuk mengungguli aksi di Roma selepas dua perlawanan separuh akhir musim lalu berakhir tanpa jaringan, namun mereka memiliki kelebihan di laman sendiri dalam perlawanan kedua April depan.
"Ia merupakan kemerosotan berbanding perlawanan-perlawanan terakhir kami sebelum ini, namun kami yakin ia akan ditamatkan dalam tempoh 180 minit perlawanan," kata Gatusso kepada Rai Sport.
"Kami berdepan dengan permainan fizikal di Lazio yang sentiasa menghantar empat hingga lima pemain ke kawasan kami, jadi kami bertahan dengan amat baik.
"Malangnya kami melakukan terlalu banyak kesilapan di bahagian serangan dan membiarkan Piatek keseorangan tanpa sebarang sumbangan.
"Joaquin Correa sentiasa menjaga Bakayoko dan kami sepatutnya memanfaatkan pemain tengah yang lain, namun kami terus mencuba untuk masuk melalui kawasan itu.
"Kami tidak melakukan hantaran dengan baik dan membenarkan mereka untuk menghasilkan beberapa serangan balas berbahaya.
"Saya tidak setuju andai anda katakan Lazio tidak berada di prestasi terbaik mereka dengan mereka kerap kali berpura-pura senyap, memperlahankan tempo dan kemudian menyakiti anda." katanya.
Lazio melakukan 16 percubaan sepanjang perlawanan, namun terlalu kerap menjadikan ia terlalu mudah buat penjaga gol lawan, Gianluigi Donnarumma, yang hanya diuji sebanyak empat kali.
Walaupun keputusan itu mengakibatkan mereka perlu berusaha lebih keras di San Siro, pengendalinya, Simone Inzaghi, lega dengan aksi yang dipamerkan pemainnya.
"Kami hanya tidak dapat menjaringkan gol, namun pemain saya telah menunjukkan prestasi yang hebat.
"Kami sentiasa fokus sewaktu menentang Milan, pasukan yang sedang meningkat dalam Serie A buat masa ini.
"Kami membiarkan Milan tidak dapat melakukan apa-apa, termasuk ancaman daripada sepakan penjuru.
"Namun, agak mengecewakan kerana kami tidak dapat menghasilkan gol.
"Sekurang-kurangnya kami seri di laman sendiri.
"0-0 adalah keputusan yang baik," katanya.