Kali terakhir Middlesbrough layak ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1997 dimana ketika itu Boro di bimbing oleh lagenda bola sepak England dan juga merupakan bekas ketua pasukan Manchester United, Bryan Robson.
Dalam Pada perlawanan itu, Boro yang tewas di tangan Chelsea dan pada tahun itu juga mempunyai pemain-pemain bertaraf dunia seperti Fabrizio Ravanelli (Itali) dan Juninho (Brazil).
Tahun itu juga Boro adalah merupakan pasukan yang mampu memberi cabaran dan saingan dalam Liga Perdana Inggeris.

Namun, kali ini ia sungguh berbeza apabila Boro akan berhadapan dengan pasukan yang dahagakan kejuaraan iaitu Manchester United pada pusingan ke empat Piala FA.
Mengikut rekod pertemuan kedua-dua pasukan itu ia memihak pada The Reds Devils dan kemenagan terakhir Man United ke atas Boro pula pada 19 Mac 2017.
Sudah tentu pertemuan ini akan menjadi lebih menarik kerana ia akan menguji sejauh mana kemampuan jentera serangan Boro untuk menrobek pintu gol The Red Devils apabila jaringan terakhir Boro di Old Trafford pada 31 Disember 2016 ketika itu Man United berjaya menewaskan Boro dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Namun, jika mengikut kekuatan jentera serangan Boro, anak didik Chris Wilder itu perlu kerja lebih kuat untuk memastikan mereka boleh mengatasi Dean Henderson.
Jentera serangan Boro hanya mampu menjaringkan 32 jaringan dari 28 perlawanan yang diharungi dalam saingan Liga Kejuaraan (Championchip League).
Tetapi dalam saingan Piala FA ini sebarang kemungkinan boleh berlaku kerana sudah tentu pemain-pemain Boro seperti Andraz Sporar dan Aaron Connolly ingin membuktikan bahawa mereka juga mampu mencipta kejutan di Old Trafford.
Sementara itu, pengendali Man United, Ralf Rangnick, pula kehilangan lima pemainnya yang mengalami kecederaan dan keletihan selepas berkhidmat untuk pasukan negara, mereka pasti akan merubah sedikit strategi permainan.
Dengan kembalinya Paul Pogba akan melegakan sedikit tekanan pada Rangnick, pada masa yang sama Rangnick juga berkemungkinan akan menurunkan pemain yang berada pada prestasi terbaik seperti Jadon Sancho,Marcus Rashford, Cristiano Ronaldo di bahagian serangan sementara di bahagian tengah pula diperkuatkan oleh McTominay yang akan digandingkan dengan Pogba bagi menambah kekuatan Man United.
Formasi 4-3-3 kemungkinan juga akan menjadi pilihan pengendali The Red Devils itu untuk memastikan perancangan dan strateginya tersebut berjaya memusnahkan impian Boro.