Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebulat suara menolak rayuan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) untuk kekal dalam Liga Perdana atas dasar dokumen yang meragukan.
Hasrat Perlis untuk terus berada dalam Liga Malaysia tidak kesampaian apabila dokumen yang dihantar kepada MFL minggu lalu gagal memenuhi spesifikasi yang dimahukan tatkala badan itu masih ragu dengan kemampuan PFA membawa pasukan musim ini.
"Sebenarnya ia bukan terarah kepada dokumen sahaja tetapi kami perlukan bukti bahawa mereka mampu untuk meneruskan pasukan itu dan beraksi dalam Liga Perdana.
"Tetapi setelah diteliti, kami masih beranggapan ia dokumen berbentuk janji, bukan sesuatu yang pasti. Ia masih di peringkat janji," kata ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Wira Yusoff Mahadi.
Bagaimanapun, status geran untuk Perlis masih menjadi tanda tanya.
Perlis tidak layak menerima geran tetapi atas dasar janji hutang lapuk RM700,000 yang mahu dibayar kepada bekas pemain Perlis, hal itu akan diperhalusi lagi.
Yusoff menegaskan satu mesyuarat akan diadakan lagi bagi membincangkan status geran buat Perlis sam ada akan diteruskan atau sebaliknya.
"Apa asas kami beri geran sedangkan mereka bukan salah sebuah pasukan yang bertanding dalam liga tetapi kami tidak membincangkan perkara itu semalam, sebaliknya hanya mengenai peluang untuk Perlis. Saya rasa soal geran akan diteliti menerusi satu keputusan lain, berdasarkan faktor lain," jelasnya.
Sementara itu, PFA enggan berputus asa apabila masih mengharapkan pertimbangan sewajarnya daripada MFL untuk menarik balik hukuman ke atas skuad Singa Utara itu.
Timbalan Presiden PFA, Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan, berkata mereka kini menagih simpati daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membantu Perlis sebagai ahli gabungan badan induk itu.
Bagaimanapun, beliau mengakui PFA sudah bersedia untuk memulakan perjalanan baru dengan bermain dalam liga divisyen tiga, iaitu Liga M3, jika gagal mendapat bantuan FAM berhubung perkara tersebut.
"Memang kami rasa sedih, bukan sahaja di peringkat Exco tetapi semua pencinta bola sepak Perlis tetapi kami masih belum putus asa.
"Kami akan terus mencuba untuk memohon pertimbangan sewajarnya dan menyediakan semua kehendak yang mampu menepati apa yang dimahukan. Kami mohon diberi pertimbangan kerana PFA juga gabungan tetap di bawah FAM," ujar Karim lagi.
"Jika tiada peluang lain untuk pertimbangan semula, saya rasa kami akan cuba gunakan peluang dalam M3. Kami perlu usahakan sesuatu untuk memastikan Perlis berada dalam Liga Malaysia. Buat masa ini, barisan exco sedang cuba dapatkan pertimbangan semula," tambah Karim.