Skip to main content

Bola Sepak

Meyer digantung oleh Schalke

max-meyer-cropped_133thdfqvsmoyzubq1awtpw02_1.jpg
Schalke mengambil tindakan menggantung Max Meyer sepanjang musim ini selepas pemain tengah berkenaan mengkritik hierarki kelab itu dalam satu temubual "tanpa kebenaran".

Sudah hampir pasti akan meninggalkan pasukan apabila kontraknya tamat pada akhir kempen ini, pemain tengah berusia 22 tahun itu menuduh pasukan Bundesliga itu "membuli" dia.

Bercakap kepada Bild, Meyer juga mendedahkan pengarah sukan, Christian Heidel, adalah alasan di sebalik pemergiannya yang hampir pasti berlaku.

Schalke menafikan dakwaan itu dalam satu kenyataan, sambil mengesahkan pemain itu "tidak lagi akan mengambil bahagian dalam latihan pasukan atau beraksi untuk kelab", membawa kariernya di Veltins-Arena ke penghujung.

"Kami tidak boleh bertolak-ansur dengan kenyataan dan tingkah laku sedemikian," kata Heidel.

"Kami lebih kecewa dengan tuduhan membuli, yang kami nafikan sekeras-kerasnya. Ia tuduhan yang tidak benar sama sekali. Schalke selalu melayan Max Meyer dengan betul."

Kenyataan kelab itu juga memperincikan hubungan di antara Schalke dan Meyer yang tidak akan mendapat apa-apa manfaat selepas kontraknya berakhir.

"Pengarah sukan, Christian Heidel, dan ketua jurulatih, Domenico Tedesco, meminta Max Meyer mencari kelab baru selepas kontraknya tamat," kata kenyataan itu.

"Memang benar bahawa ketua jurulatih, Tedesco, melakukan penilaian terhadap pemain sebelum permulaan musim.

"Dia menegaskan bahawa Max Meyer yang berada di posisi menyerang mungkin lebih terhad tetapi akibat daripada persembahannya dalam latihan, Meyer diberi peranan baru sebagai pemain tetap di bahagian tengah. Meyer tampil sebanyak 28 kali daripada 37 perlawanan Schalke musim ini.

"Rabu lalu, Max Meyer terpaksa meninggalkan latihan awal kerana kecederaan kaki tetapi menolak untuk membuat ujian MRI. Apabila Meyer tidak berlatih bersama pasukan sejak dari itu, dia tidak dapat bermain untuk menentang Borussia Mönchengladbach pada hujung minggu lalu."

Schalke, yang menduduki tangga kedua liga dengan berbaki dua perlawanan - berkunjung ke Augsburg dan menentang Eintracht Frankfurt di laman sendiri -- dalam penutup musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video