Jaringan daripada Thomas Meunier dan Eden Hazard membolehkan Belgium meraih pencapaian terbaik di pentas Piala Dunia selepas menewaskan England 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Saint Petersburg, sebentar tadi.
Selepas tewas 1-0 di tangan Perancis ketika hanya selangkah untuk melayakkan diri ke final, skuad The Red Devils yang mempertaruhkan generasi emas itu mengatasi pencapaian skuad diketuai Enzo Scifo yang menduduki tempat keempat, dengan dibarisi Jan Ceulemans dan rakan sepasukan pada tahun 1986.
Percubaan jarak dekat daripada Meunier membolehkan Belgium meraih gol pembukaan untuk menafikan peluang England menduduki kedudukan terbaik sejak menjulang Piala Dunia, 52 tahun lalu.
Aksi memukau yang ditampilkan Belgium dilihat menyamai persembahan skuad kendalian Gareth Southgate itu sewaktu tewas di tangan Croatia dalam separuh akhir, di mana sepakan percuma Kieran Trippier pada minit kelima tampak mampu memberikan kejuaraan kedua mereka di pentas besar.
Bagaimanapun, ketika aksi memasuki waktu kecederaan yang menyaksikan tidak banyak tekanan di atas padang, Hazard melengkapkan detik indah buat Belgium, sambil meraikan kemenangan kedua ke atas England dalam kejohanan dan juga jaringan ketiga peribadinya pada minit ke-82.
Masalah bergelut untuk menampilkan aksi terbaik yang dihadapi oleh Harry Kane dilihat berterusan tetapi memandangkan Romelu Lukaku gagal untuk menambah jumlah empat gol yang diraih ketika saingan Kumpulan G, satu-satunya anugerah yang mampu dimiliki England adalah anugerah Kasut Emas sambil Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann mengutip tiga gol.
Digantung ketika Belgium tunduk di tangan Perancis, kembalinya Meunier menyaksikan dua pertukaran dilakukan oleh Roberto Martinez untuk mempertaruhkan tiga pertahanan semula.
Pemain pertahanan sayap Paris Saint-Germain (PSG) itu hanya memerlukan empat minit untuk membuktikan nilainya, melakukan larian pantas ke dalam kotak penalti untuk memintas Danny Rose dan menyempurnakan hantaran lintang Nacer Chadli dari sebelah kiri.
Penjaring terbanyak kejohanan sepatutnya terlebih dahulu meletakkan England di depan sebelum Jordan Pickford menafikan percubaan awal Kevin De Bruyne.
Kane seharusnya menyamakan kedudukan buat England 10 minit kemudian tetapi usaha bijak daripada Raheem Sterling sekadar menyaksikannya tersasar ke sebelah kiri.
Rakan sepasukannya di Tottenham Hotspur, Toby Alderweireld, turut melepaskan peluang apabila tandukannya melewati palang gol selepas setengah jam beraksi tatkala satu-satunya kehilangan yang dirasai Belgium sebelum babak pertama tamat adalah kecederaan paha yang dialami Chadli.
Southgate bertindak memasukkan Marcus Rashford dan Jesse Lingard setelah mengamati aksi separuh masa pertama, menggantikan Sterling dan Rose.
Lingard yang mewakili kelab Manchester United hampir memberikan kesan sebaik sahaja memasuki padang apabila hantaran lintangnya hampir menemui Kane.
Sementara itu, penyudah tumpul daripada Lukaku sekadar menyaksikan hantaran daripada De Bruyne gagal disudahkan untuk menambah jumlah gol dan Dries Mertens menggantikannya selepas sejam perlawanan.
Melihat kepada ketumpulan Kane yang terus gagal memburu gol, Eric Dier hampir menyamakan kedudukan ketika aksi berbaki 20 minit. Pemain tengah itu berdepan situasi satu lawan satu dengan Thibaut Courtois tetapi Alderweireld pantas mengeluarkan bola dari atas garisan gol.
Penjaga gol Everton, Pickford, yang menjadi calon untuk mengisi skuad terbaik kejohanan, terus memberikan harapan kebangkitan buat pasukannya apabila aksi tangkasnya menggunakan sebelah tangan untuk menafikan rembatan daripada Meunier pada minit ke-80.
Ketika aksi menuju penamat, Hazard tidak melakukan kesilapan untuk melakukan rembatan jarak dekat selepas mengutip hantaran De Bruyne, sekali gus membolehkan Belgium menikmati persembahan memukau di Russia.