Skip to main content

Bola Sepak

Messi: Griezmann salah seorang pemain terbaik dunia

antoinegriezmann-cropped_tj41731hojuu1s6elyduiuoy6.jpg
Lionel Messi menganggap Antoine Griezmann sebagai salah seorang pemain terbaik di sebalik laporan yang mengaitkan penyerang Atletico Madrid itu dengan Barcelona.

Griezmann secara meluas dikaitkan dengan perpindahan ke juara LaLiga itu pada hujung musim ini selepas mengharungi satu lagi kempen prolifik untuk Atletico.

Messi menganggap pemain antarabangsa Perancis itu sebagai salah seorang pemain terbaik dunia dan dia kelihatan gembira sekiranya pemain berusia 27 tahun itu tiba di Camp Nou.

"Jelas saya sukakan dia. Dia salah seorang yang terbaik sekarang," kata bintang Argentina itu kepada RAC1.

"Saya tidak tahu jika ada apa-apa lagi dengan dia atau tida tetapi kami gembira pemain terbaik datang dan Griezmann adalah salah seorang daripada mereka."

Messi berkata demikian selepas Barcelona meraih kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam perlawanan terakhir Andres Iniesta untuk kelab itu.

Selepas kempen yang menyaksikan Barca memenangi LaLiga dan Copa del Rey, Messi berpuas hati dengan prestasi pasukannya.

"Ia musim yang sangat baik. Kami kembali mendapatkan LaLiga dan piala ," katanya.

Advertisement

Must Watch Video