Maurizio Sarri percaya perubahan mentaliti dalam skuad kendaliannya akan membantu mengubah tahap konsistensi Chelsea yang tidak menentu sejak beberapa bulan lalu.
Sarri melalui 18 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan sejak hadir ke Stamford Bridge, Julai tahun lalu, namun prestasi Chelsea merudum bermula November lalu.
Tewas di tangan Wolverhampton Wanderers, Leicester City dan Bournemouth serta bergelut ketika berdepan Southampton membuatkan The Blues kini 11 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.
Kekalahan 4-0 di tangan Bournemouth, Rabu lalu, membuatkan Sarri menahan anak buahnya di dalam bilik persalinan di tempat lawan selama 45 minit selepas wisel penamat dan pengendali dari Itali itu ternyata berang dengan permainan yang dipamerkan.
Dia menerima reaksi yang dituntut apabila Chelsea menjadikan Huddersfield Town mangsa kebangkitan kelmarin, dengan membelasah lawan 5-0, termasuk dua jaringan penggempur baru, Gonzalo Higuain.
Walaupun kemenangan itu membuatkan bekas pengendali Napoli itu teruja, dia tetap mengakui pasukannya lambat menemui sentuhan.
"Ini bukan kali pertama saya menguruskan pasukan yang berdepan masalah untuk tampil konsisten," kata Sarri.
"Namun, sasaran saya adalah untuk mengubah mentaliti kerana jika kami meningkatkannya, saya rasa lebih mudah untuk menghadapi setiap perlawanan.
"Ia tidak mudah, itu sudah pasti dan perjalanan masih jauh tetapi kami perlu meningkatkan mentaliti seluruh pasukan tidak kira ketika sesi latihan atau perlawanan."
Aspek lain yang Sarri cuba tingkatkan adalah pergerakan tanpa bola kerana ia mampu memberikan lebih banyak ruang buat Jorginho untuk menyinar.
Sarri menambah: "Jorginho memerlukan pergerakan tanpa bola daripada pemain lain kerana dia lebih gemar permainan satu sentuhan. Sukar untuk melakukannya tanpa pergerakan daripada pemain lain.
"Jadi, jika seluruh pasukan bermain seperti dalam tempoh 20-25 minit ketika berdepan Huddersfield, saya rasa ia memudahkan Jorginho. Dalam 25 minit pertama, kami bermain corak bola sepak yang kami inginkan kerana menggerakkan bola dengan pantas dan baik."